1. Utama
  2. Kategori-kategori
  3. The Creed

hadis Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman ke atas Diri-Ku, dan menjadikannya haram antara kamu semua, maka janganlah kamu menzalimi antara satu sama lain

عن أبي ذر رضي الله عنه:
عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيمَا رَوَى عَنِ اللهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى أَنَّهُ قَالَ: «يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي، وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا، فَلَا تَظَالَمُوا، يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ ضَالٌّ إِلَّا مَنْ هَدَيْتُهُ، فَاسْتَهْدُونِي أَهْدِكُمْ، يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ جَائِعٌ إِلَّا مَنْ أَطْعَمْتُهُ، فَاسْتَطْعِمُونِي أُطْعِمْكُمْ، يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ عَارٍ إِلَّا مَنْ كَسَوْتُهُ، فَاسْتَكْسُونِي أَكْسُكُمْ، يَا عِبَادِي إِنَّكُمْ تُخْطِئُونَ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا فَاسْتَغْفِرُونِي أَغْفِرْ لَكُمْ، يَا عِبَادِي إِنَّكُمْ لَنْ تَبْلُغُوا ضَرِّي فَتَضُرُّونِي، وَلَنْ تَبْلُغُوا نَفْعِي فَتَنْفَعُونِي، يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَتْقَى قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مِنْكُمْ مَا زَادَ ذَلِكَ فِي مُلْكِي شَيْئًا، يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ كَانُوا عَلَى أَفْجَرِ قَلْبِ رَجُلٍ وَاحِدٍ مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِنْ مُلْكِي شَيْئًا، يَا عِبَادِي لَوْ أَنَّ أَوَّلَكُمْ وَآخِرَكُمْ وَإِنْسَكُمْ وَجِنَّكُمْ قَامُوا فِي صَعِيدٍ وَاحِدٍ فَسَأَلُونِي فَأَعْطَيْتُ كُلَّ إِنْسَانٍ مَسْأَلَتَهُ مَا نَقَصَ ذَلِكَ مِمَّا عِنْدِي إِلَّا كَمَا يَنْقُصُ الْمِخْيَطُ إِذَا أُدْخِلَ الْبَحْرَ، يَا عِبَادِي إِنَّمَا هِيَ أَعْمَالُكُمْ أُحْصِيهَا لَكُمْ ثُمَّ أُوَفِّيكُمْ إِيَّاهَا، فَمَنْ وَجَدَ خَيْرًا فَلْيَحْمَدِ اللهَ، وَمَنْ وَجَدَ غَيْرَ ذَلِكَ فَلَا يَلُومَنَّ إِلَّا نَفْسَهُ».

Daripada Abu Zar رضي الله عنه:
Daripada Nabi صلى الله عليه وسلم menceritakan daripada Allah تبارك وتعالى bahawa Dia berfirman: “Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman ke atas Diri-Ku, dan menjadikannya haram antara kamu semua, maka janganlah kamu menzalimi antara satu sama lain. Wahai hamba-hamba-Ku! Kesemua kamu dalam keadaan sesat kecuali orang yang Aku berikan hidayah kepadanya, maka mintalah petunjuk daripada-Ku, nescaya Aku tunjukkan kepadamu. Wahai hamba-hamba-Ku! Kesemua kamu dalam keadaan lapar kecuali orang yang Aku beri makan, maka mintalah makanan daripada-Ku, nescaya Aku beri kamu makan. Wahai hamba-hamba-Ku! Kesemua kamu dalam keadaan telanjang kecuali orang yang Aku beri pakaian, maka mintalah pakaian daripada-Ku, nescaya Aku mengurniakan pakaian kepadamu. Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya kamu melakukan kesalahan pada siang dan malam, dan Aku mengampuni segala dosa, maka mohonlah ampun daripada-Ku, nescaya Aku ampunkan dosa-dosamu. Wahai hamba-hamba-Ku! Kamu tidak akan dapat memberi kemudaratan kepada-Ku yang boleh memudaratkan Aku dan kamu tidak akan boleh memberi manfaat kepada-Ku yang Aku boleh mendapat manfaat tersebut. Wahai hamba-hamba-Ku! Sekiranya seluruh kamu daripada permulaan hingga penghujung, manusia dan jin, memiliki sebaik-baik hati maka ia tidak akan menambah apa-apa pun pada kerajaan-Ku. Wahai hamba-hamba-Ku! Sekiranya seluruh kamu dari permulaan hingga penghujung, manusia dan jin, memiliki sejahat-jahat hati maka ia tidak akan mengurangkan apa-apa pun daripada kerajaan-Ku. Wahai hamba-hamba-Ku! Sekiranya seluruh kamu, manusia dan jin, berkumpul di satu tempat dan meminta daripada-Ku, lalu Aku memberi setiap seorang apa yang dimintanya, tidak akan berkurang sedikit pun daripada milik-Ku, kecuali seperti jarum yang dimasukkan ke dalam laut. Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya ia hanyalah amalan-amalanmu yang akan Aku hitung, kemudian Aku akan membalasnya kepadamu. Sesiapa yang mendapat kebaikan, hendaklah dia memuji Allah, dan sesiapa yang mendapat selain itu, janganlah dia menyalahkan selain dirinya sendiri.”

صحيح رواه مسلم صحيح مسلم - 2577

Syarahan

Nabi صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa Allah سبحانه وتعالى berfirman bahawa Dia telah mengharamkan kezaliman ke atas Diri-Nya sendiri, dan menjadikannya haram di antara makhluk-Nya, maka tiada seorang pun boleh menzalimi yang lain. Seluruh makhluk berada dalam keadaan sesat daripada jalan yang benar kecuali dengan hidayah dan petunjuk Allah, dan sesiapa yang meminta petunjuk-Nya, Allah akan memberi kefahaman agama dan hidayah kepadanya. Semua makhluk dalam keadaan fakir dan memerlukan Allah dalam semua keperluan mereka. Sesiapa yang memohon kepada Allah maka Dia akan memenuhi hajatnya dan mencukupkannya. Manusia melakukan dosa pada siang dan malam, dan Allah سبحانه وتعالى menutup aib serta mengampuni dosa-dosa mereka apabila mereka memohon ampun kepada-Nya. Mereka tidak mampu memberi mudarat atau manfaat kepada Allah dengan apa jua cara sekalipun. Sekiranya seluruh manusia dan jin memiliki hati paling takwa sekalipun, tidak akan menambah apa-apa pada kerajaan Allah. Dan sekiranya mereka memiliki hati paling jahat sekalipun, tidak akan mengurangkan sedikit pun daripada kekuasaan-Nya; kerana mereka lemah dan memerlukan Allah, sentiasa memerlukan-Nya dalam setiap keadaan, masa dan tempat, sedangkan Dia Maha Kaya سبحانه. Sekiranya seluruh manusia dan jin, dari yang pertama hingga yang terakhir, berkumpul di satu tempat dan memohon kepada Allah, lalu Allah memenuhi permintaan masing-masing, maka hal itu tidak mengurangkan sedikit pun apa yang ada pada-Nya — ibarat jarum yang dimasukkan ke dalam laut, apabila dikeluarkan tidak mengurangkan laut sedikit pun — ini menunjukkan kesempurnaan kekayaan-Nya سبحانه.
Dan bahawa Allah سبحانه mencatat setiap amal hamba-Nya dan menghitungnya, kemudian membalas mereka dengan sempurna pada hari kiamat. Maka sesiapa yang mendapati balasan amalnya adalah kebaikan, hendaklah dia memuji Allah atas petunjuk dan taufik-Nya dalam ketaatan. Sesiapa yang mendapati balasan amalnya sebaliknya, maka tidak boleh menyalahkan sesiapa selain dirinya sendiri, iaitu nafsu amarah yang menuntunnya ke arah kerugian.

Antara faedah daripada hadis ini:

  1. Hadis ini termasuk antara hadis yang diriwayatkan oleh Nabi ﷺ daripada Allah, dan disebut sebagai hadis qudsi atau ilahi. Lafaznya daripada Nabi ﷺ, tetapi maknanya daripada Allah. Ia berbeza dengan al-Quran kerana tidak memiliki sifat-sifat al-Quran seperti dianggap sebagai ibadah dengan membacanya, kesucian, (terkandung ayat-ayat yang bersifat) mencabar, bersifat mukjizat dan lain-lain lagi.
  2. Segala yang diperoleh hamba berbentuk ilmu atau petunjuk adalah hasil hidayah dan pengajaran Allah.
  3. Segala kebaikan yang diterima oleh hamba adalah daripada kebaikan Allah, manakala segala keburukan yang menimpanya berpunca daripada dirinya sendiri dan hawa nafsunya.
  4. Sesiapa yang berbuat baik maka ia kerana taufik Allah dan balasannya adalah kelebihan daripada Allah. Bagi-Nya segala pujian. Sesiapa yang berbuat buruk maka tidak boleh menyalahkan sesiapa selain dirinya sendiri.

Papar Terjemahan-Terjemahan

68 Bahasa
EN English الإنجليزية
UR اردو الأوردية
ES Español الإسبانية
ID Indonesia الإندونيسية
UG ئۇيغۇرچە الأيغورية
BN বাংলা البنغالية
FR Français الفرنسية
TR Türkçe التركية
RU Русский الروسية
BS Bosanski البوسنية
SI සිංහල السنهالية
HI हिन्दी الهندية
ZH 中文 الصينية
FA فارسی الفارسية
VI Tiếng Việt الفيتنامية
TL Tagalog تجالوج
KU Kurdî الكردية
HA Hausa الهوسا
PT Português البرتغالية
ML മലയാളം المليالم
TE తెలుగు التلغو
SW Kiswahili السواحيلية
TA தமிழ் التاميلية
MY မြန်မာ البورمية
TH ไทย التايلندية
DE Deutsch الألمانية
JA 日本語 اليابانية
PS پښتو بشتو
AS অসমীয়া الأسامية
SQ Shqip الألبانية
SV Svenska السويدية
AM አማርኛ الأمهرية
NL Nederlands الهولندية
GU ગુજરાતી الغوجاراتية
KY Кыргызча القيرقيزية
NE नेपाली النيبالية
YO Yorùbá اليوروبا
LT Lietuvių الليتوانية
PRS دری الدرية
SR Српски الصربية
TG тоҷикӣ الطاجيكية
RW Kinyarwanda الكينياروندا
RO Română الرومانية
HU Magyar المجرية
CS Čeština التشيكية
MOS Moore الموري
MG Malagasy المالاجاشية
FF Fulfulde الفولانية
IT Italiano الإيطالية
OM Oromoo الأورومو
KN ಕನ್ನಡ الكانادا
WO Wolof الولوف
BG Български البلغارية
AZ Azərbaycan الأذربيجانية
EL Ελληνικά اليونانية
AK Akan الأكانية
UZ O‘zbek الأوزبكية
UK Українська الأوكرانية
KA ქართული الجورجية
LN Lingala اللينجالا
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
KMR Kurmancî الكرمنجية