1. Utama
  2. Kategori-kategori
  3. The Creed

hadis Sesungguhnya Allah telah menetapkan setiap kebaikan dan kejahatan, kemudian menjelaskannya

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيمَا يَرْوِي عَنْ رَبِّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى، قَالَ:
«إنَّ اللهَ كَتَبَ الحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ، ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ، فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا؛ كَتَبَهَا اللهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا؛ كَتَبَهَا اللهُ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ إلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ، وَإِنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا؛ كَتَبَهَا اللهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا؛ كَتَبَهَا اللهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً».

Daripada Ibnu ‘Abbas رضي الله عنهما, daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, baginda meriwayatkan daripada Tuhannya Yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi, bahawa baginda bersabda:
"Sesungguhnya Allah telah menetapkan setiap kebaikan dan kejahatan, kemudian menjelaskannya. Maka sesiapa yang berhasrat melakukan suatu kebaikan tetapi tidak melakukannya, Allah mencatatnya di sisi-Nya sebagai satu kebaikan yang sempurna. Dan sesiapa yang berhasrat melakukannya lalu melakukannya, Allah menulis baginya 10 kebaikan hingga 700 kali ganda, bahkan berlipat ganda lagi. Dan sesiapa yang berhasrat melakukan kejahatan tetapi tidak melakukannya maka Allah menulisnya di sisi-Nya sebagai satu kebaikan yang sempurna. Dan sesiapa yang berhasrat melakukannya lalu melakukannya, Allah menulisnya sebagai satu kejahatan sahaja."

صحيح رواه البخاري ومسلم في صحيحيهما بهذه الحروف الأربعون النووية - 37

Syarahan

Rasulullah ﷺ menerangkan bahawa Allah telah menetapkan pahala bagi kebaikan dan dosa bagi kejahatan, kemudian Dia menjelaskan kepada dua malaikat cara mencatat amalan tersebut:
Sesiapa yang berkehendak, berniat dan berazam untuk melakukan satu kebaikan maka ditulis baginya satu kebaikan penuh walaupun dia tidak melakukannya. Jika dia benar-benar melakukannya maka pahalanya digandakan 10 kali ganda sehingga 700 kali ganda, bahkan berlipat kali ganda mengikut kadar keikhlasan hati dan sejauh mana manfaat amalan itu tersebar.
Sesiapa yang berkehendak, berniat dan berazam untuk melakukan satu kejahatan, lalu dia meninggalkannya kerana Allah maka ditulis baginya satu kebaikan. Jika dia meninggalkannya hanya kerana sibuk atau lalai tanpa berusaha melakukannya maka tidak ditulis apa-apa baginya. Jika dia meninggalkannya kerana tidak mampu melaksanakannya maka ditulis dosa niatnya. Sekiranya dia benar-benar melakukannya, maka ditulis baginya satu dosa sahaja.

Antara faedah daripada hadis ini:

  1. Penjelasan tentang sifat pemurah Allah yang Maha Agung terhadap umat ini dengan melipatgandakan pahala kebaikan dan mencatatnya di sisi Allah, serta tidak melipatgandakan dosa-dosa.
  2. Kepentingan niat dalam amalan dan kesannya.
  3. Kelebihan, kelembutan dan kebaikan Allah ‌عزَّ وجلَّ buat sesiapa yang berniat melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, Allah tetap menulisnya sebagai satu kebaikan.

Papar Terjemahan-Terjemahan

57 Bahasa
EN English الإنجليزية
UR اردو الأوردية
ES Español الإسبانية
ID Indonesia الإندونيسية
BN বাংলা البنغالية
FR Français الفرنسية
TR Türkçe التركية
RU Русский الروسية
BS Bosanski البوسنية
SI සිංහල السنهالية
HI हिन्दी الهندية
ZH 中文 الصينية
FA فارسی الفارسية
VI Tiếng Việt الفيتنامية
TL Tagalog تجالوج
KU Kurdî الكردية
HA Hausa الهوسا
PT Português البرتغالية
ML മലയാളം المليالم
TE తెలుగు التلغو
SW Kiswahili السواحيلية
TA தமிழ் التاميلية
MY မြန်မာ البورمية
TH ไทย التايلندية
DE Deutsch الألمانية
PS پښتو بشتو
AS অসমীয়া الأسامية
SQ Shqip الألبانية
AM አማርኛ الأمهرية
NL Nederlands الهولندية
GU ગુજરાતી الغوجاراتية
KY Кыргызча القيرقيزية
NE नेपाली النيبالية
LT Lietuvių الليتوانية
PRS دری الدرية
SR Српски الصربية
TG тоҷикӣ الطاجيكية
RW Kinyarwanda الكينياروندا
HU Magyar المجرية
CS Čeština التشيكية
MOS Moore الموري
MG Malagasy المالاجاشية
OM Oromoo الأورومو
KN ಕನ್ನಡ الكانادا
WO Wolof الولوف
AZ Azərbaycan الأذربيجانية
UZ O‘zbek الأوزبكية
UK Українська الأوكرانية
KA ქართული الجورجية
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
KMR Kurmancî الكرمنجية