عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رضي الله عنه قَالَ:
كُنْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ، فَأَصْبَحْتُ يَوْمًا قَرِيبًا مِنْهُ وَنَحْنُ نَسِيرُ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ أَخْبِرْنِي بِعَمَلٍ يُدْخِلُنِي الجَنَّةَ وَيُبَاعِدُنِي عَنِ النَّارِ، قَالَ: «لَقَدْ سَأَلْتَنِي عَنْ عَظِيمٍ، وَإِنَّهُ لَيَسِيرٌ عَلَى مَنْ يَسَّرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ، تَعْبُدُ اللَّهَ وَلاَ تُشْرِكْ بِهِ شَيْئًا، وَتُقِيمُ الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ، وَتَصُومُ رَمَضَانَ، وَتَحُجُّ البَيْتَ» ثُمَّ قَالَ: «أَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الخَيْرِ: الصَّوْمُ جُنَّةٌ، وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ، وَصَلاَةُ الرَّجُلِ مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ» قَالَ: ثُمَّ تَلاَ: «{تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ}، حَتَّى بَلَغَ {يَعْمَلُونَ}» ثُمَّ قَالَ: «أَلاَ أُخْبِرُكَ بِرَأْسِ الأَمْرِ كُلِّهِ وَعَمُودِهِ، وَذِرْوَةِ سَنَامِهِ؟» قُلْتُ: بَلَى يَا رَسُولَ اللهِ، قَالَ: «رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلاَمُ، وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ، وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الجِهَادُ» ثُمَّ قَالَ: «أَلاَ أُخْبِرُكَ بِمَلاَكِ ذَلِكَ كُلِّهِ؟» قُلْتُ: بَلَى يَا نَبِيَّ اللهِ، فَأَخَذَ بِلِسَانِهِ قَالَ: «كُفَّ عَلَيْكَ هَذَا» فَقُلْتُ: يَا نَبِيَّ اللهِ، وَإِنَّا لَمُؤَاخَذُونَ بِمَا نَتَكَلَّمُ بِهِ؟ فَقَالَ: «ثَكِلَتْكَ أُمُّكَ يَا مُعَاذُ، وَهَلْ يَكُبُّ النَّاسَ فِي النَّارِ عَلَى وُجُوهِهِمْ أَوْ عَلَى مَنَاخِرِهِمْ إِلاَّ حَصَائِدُ أَلْسِنَتِهِمْ».
المزيد
Daripada Mu‘az bin Jabal رضي الله عنه, beliau berkata:
“Aku pernah bersama Nabi صلى الله عليه وسلم dalam suatu perjalanan, suatu pagi aku berjalan di sisinya ketika kami sedang berjalan, lalu aku berkata: ‘Wahai Rasulullah, beritahu kepadaku amalan yang memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku dari neraka.’ Baginda bersabda: ‘Engkau telah bertanya kepadaku perkara yang besar, namun ia amat mudah bagi orang yang Allah mudahkan kepadanya. Iaitu, sembahlah Allah dan janganlah engkau mempersekutukan-Nya dengan apa pun, dirikan solat, tunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan, dan tunaikan haji ke Baitullah.’ Kemudian baginda bersabda: ‘Mahukah aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Puasa itu perisai, sedekah itu memadamkan dosa sebagaimana air memadamkan api, dan solat malam seorang lelaki…’ Lalu baginda membaca: {Mereka menjauhkan diri dari tempat tidur mereka} sehingga sampai pada {mereka beramal}. Kemudian baginda bersabda lagi: ‘Mahukah aku beritahu kepadamu permulaan segala urusan semuanya, tiangnya dan puncak bukitnya?’ Aku menjawab: ‘Tentu sekali, wahai Rasulullah.’ Baginda bersabda: “Permulaan segala urusan itu ialah Islam, tiangnya ialah solat, dan puncaknya ialah jihad.’ Kemudian baginda bersabda: ‘Mahukah aku beritahu kunci bagi semua itu?’ Aku menjawab: ‘Tentu, wahai Nabi Allah.’ Lalu baginda mengambil lidahnya dan bersabda: ‘Tahanlah lidahmu ini.’ Aku bertanya: ‘Wahai Nabi Allah, apakah kami akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kami ucapkan?’ Baginda bersabda: ‘Apalah kau ini, wahai Mu‘az! Manusia tidak akan dilempar ke dalam neraka di atas wajah atau hidungnya melainkan kerana akibat lidah mereka.’”