1. Utama
  2. Kategori-kategori
  3. Virtues and Manners

hadis “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:
«مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ».

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam, Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan jirannya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya.”

صحيح متفق عليه صحيح مسلم - 47

Syarahan

Nabi ﷺ menjelaskan bahawa seorang hamba yang beriman kepada Allah dan hari akhirat yang padanya tempat janjinya, padanya dibalas setiap amalnya, imannya akan mendorongnya untuk mengamalkan sifat-sifat berikut:
1- Bercakap baik: Termasuk menyebut tasbih dan tahmid, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan berusaha menyelesaikan pertelingkahan di antara manusia. Jika tidak mampu berbuat demikian, hendaklah dia diam, menjauhi perkara yang membahayakan serta menjaga lidahnya daripada berkata buruk.
2- Menghormati jiran iaitu dengan berbuat baik kepadanya dan tidak menyakitinya.
3- Menghormati tetamu yang datang mengunjungimu iaitu dengan kata-kata yang baik, menyediakan makanan dan sebagainya.

Antara faedah daripada hadis ini:

  1. Beriman kepada Allah dan hari akhirat merupakan asas bagi segala kebaikan dan ia mendorong seseorang untuk melakukan perbuatan baik.
  2. Berhati-hati daripada keburukan lidah.
  3. Agama Islam adalah agama perpaduan dan kedermawanan.
  4. Sifat-sifat ini termasuk cabang-cabang iman dan adab-adab yang terpuji.
  5. Banyak bercakap boleh membawa kepada perkara yang tidak baik atau haram. Keselamatan terletak pada menahan diri daripada bercakap kecuali tentang kebaikan.

Papar Terjemahan-Terjemahan

69 Bahasa
EN English الإنجليزية
UR اردو الأوردية
ES Español الإسبانية
ID Indonesia الإندونيسية
UG ئۇيغۇرچە الأيغورية
BN বাংলা البنغالية
FR Français الفرنسية
TR Türkçe التركية
RU Русский الروسية
BS Bosanski البوسنية
SI සිංහල السنهالية
HI हिन्दी الهندية
ZH 中文 الصينية
FA فارسی الفارسية
VI Tiếng Việt الفيتنامية
TL Tagalog تجالوج
KU Kurdî الكردية
HA Hausa الهوسا
PT Português البرتغالية
ML മലയാളം المليالم
TE తెలుగు التلغو
SW Kiswahili السواحيلية
TA தமிழ் التاميلية
MY မြန်မာ البورمية
TH ไทย التايلندية
DE Deutsch الألمانية
JA 日本語 اليابانية
PS پښتو بشتو
AS অসমীয়া الأسامية
SQ Shqip الألبانية
SV Svenska السويدية
AM አማርኛ الأمهرية
NL Nederlands الهولندية
GU ગુજરાતી الغوجاراتية
KY Кыргызча القيرقيزية
NE नेपाली النيبالية
YO Yorùbá اليوروبا
LT Lietuvių الليتوانية
PRS دری الدرية
SR Српски الصربية
SO Soomaali الصومالية
TG тоҷикӣ الطاجيكية
RW Kinyarwanda الكينياروندا
RO Română الرومانية
HU Magyar المجرية
CS Čeština التشيكية
MOS Moore الموري
MG Malagasy المالاجاشية
FF Fulfulde الفولانية
IT Italiano الإيطالية
OM Oromoo الأورومو
KN ಕನ್ನಡ الكانادا
WO Wolof الولوف
BG Български البلغارية
AZ Azərbaycan الأذربيجانية
EL Ελληνικά اليونانية
AK Akan الأكانية
UZ O‘zbek الأوزبكية
UK Українська الأوكرانية
KA ქართული الجورجية
LN Lingala اللينجالا
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
KMR Kurmancî الكرمنجية