1. Utama
  2. Kategori-kategori
  3. Virtues and Manners

hadis Kebaikan itu ialah akhlak yang indah dan dosa itu ialah apa yang meragukan di dalam hatimu dan kamu tidak mahu orang lain mengetahuinya

عَنِ النَّوَّاسِ بْنِ سِمْعَانَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
«البِرُّ: حُسْنُ الخُلُقِ، وَالإِثْمُ مَا حَاكَ فِي صَدْرِكَ، وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ». وَعَنْ وَابِصَةَ بْنِ مَعْبَدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: «جِئْتَ تَسْأَلُ عَنِ البِرِّ وَالإِثْمِ»، قُلْتُ: نَعَمْ، قَالَ: «اسْتَفْتِ قَلْبَكَ، البِرُّ: مَا اطْمَأَنَّتْ إلَيْهِ النَّفْسُ، وَاطْمَأَنَّ إلَيْهِ القَلْبُ، وَالإِثْمُ: مَا حَاكَ فِي نَفْسِكَ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ، وَإِنْ أَفْتَاكَ النَّاسُ وَأَفْتَوْكَ».

Daripada al-Nawwās bin Sim‘ān رضي الله عنه, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda:
"Kebaikan itu ialah akhlak yang indah dan dosa itu ialah apa yang meragukan di dalam hatimu dan kamu tidak mahu orang lain mengetahuinya." Daripada Wabisah bin Ma‘bad رضي الله عنه, beliau berkata: Aku datang menemui Rasulullah ﷺ, lalu baginda bersabda: "Engkau datang untuk bertanya tentang kebaikan dan dosa?" Aku menjawab: Ya. Baginda bersabda: "Rujuklah hatimu sendiri. Kebaikan itu ialah apa yang menenangkan jiwa dan mendapat ketenangan di hati. Sementara dosa itu ialah apa yang meragukan dalam hatimu dan berlegar di dadamu, walaupun orang lain memberikan pandangan kepadamu dan (berterusan) diberi pandangan oleh mereka."

صحيح الحديث الأول: رواه مسلم، والحديث الثاني: رواه أحمد والدارمي الأربعون النووية - 27

Syarahan

Rasulullah ﷺ telah memberitahu tentang kebaikan dan dosa melalui sabdanya: Sifat paling agung dalam kebaikan ialah mempunyai akhlak yang baik kepada Allah melalui takwa. Kebaikan kepada makhluk dengan bersikap sabar, mengawal kemarahan, menebarkan senyuman, berkata dengan kata-kata yang baik, menjaga hubungan, taat, bersikap lemah lembut, berbuat kebaikan, menjaga akhlak yang mulia dalam pergaulan dan persahabatan. Kebaikan itu adalah apa yang menenangkan hati dan jiwa. Adapun dosa ialah apa sahaja yang timbul dalam hati berupa perkara-perkara yang meragukan, yang menimbulkan keraguan di hati tanpa menenangkan jiwa, sehingga muncul syak dan rasa takut bahawa ia mungkin suatu dosa. Perbuatan itu tidak ingin ditunjukkan kerana ia dianggap tercela di mata orang lain, walaupun orang lain sempurna atau mulia. Hal ini kerana fitrah manusia cenderung untuk memperlihatkan kebaikannya kepada orang lain; apabila ia merasa tidak senang jika perbuatannya diketahui, maka itulah dosa yang tiada kebaikannya. Jika orang lain memberikan fatwa, janganlah diambil sebagai pegangan selagi tanda keraguan itu masih ada dalam hati, kerana fatwa tidak menghilangkan keraguan jika keraguan itu wujud dan si pemberi fatwa memberi pendapat tanpa ilmu. Namun, jika fatwa itu berdasarkan dalil syarak, maka wajib bagi orang yang bertanya untuk merujuk kepadanya walaupun hatinya belum merasa tenteram.

Antara faedah daripada hadis ini:

  1. Galakan untuk berakhlak mulia, kerana akhlak yang baik merupakan salah satu sifat kebaikan yang paling agung.
  2. Kebenaran dan kebatilan tidak akan bercampur-aduk urusannya kepada seorang mukmin, bahkan dia mengenali kebenaran dengan cahaya yang wujud dalam hatinya, dan menjauhkan diri daripada kebatilan lalu mengingkarinya.
  3. Antara tanda-tanda dosa ialah kegelisahan dan keresahan hati, serta ketidaksukaan untuk ia diketahui oleh orang ramai.
  4. Al-Sindi berkata: “Perkara ini merujuk kepada perkara-perkara yang meragukan, iaitu yang manusia tidak mengetahui penentuan salah satu daripada dua pihak padanya. Adapun perkara yang diperintahkan dalam syariat tanpa adanya dalil yang menunjukkan sebaliknya, maka ia termasuk dalam kebaikan dan perkara yang dilarang pula termasuk dalam dosa. Maka tidak perlu merujuk kepada fatwa hati dan ketenangannya dalam kedua-dua hal tersebut.”
  5. Sasaran yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah orang-orang yang memiliki fitrah yang suci, bukan orang-orang yang hatinya tersasar, yang tidak mengenal kebaikan dan tidak mengingkari kemungkaran melainkan apa yang telah dipengaruhi oleh hawa nafsunya.
  6. Al-Ṭībī berkata: “Dikatakan bahawa kebaikan yang disebut dalam hadis ini ditafsirkan dengan pelbagai makna. Ia ditafsirkan di satu tempat sebagai sesuatu yang menenangkan jiwa dan menenangkan hati, di tempat lain sebagai iman, di tempat lain pula sebagai sesuatu yang mendekatkan dirimu kepada Allah dan di sini ia ditafsirkan sebagai akhlak yang baik. Akhlak yang baik pula ditafsirkan sebagai kesabaran menanggung gangguan, kurang marah, wajah yang ceria, dan tutur kata yang baik. Semua tafsiran ini berdekatan dari segi makna.”

Papar Terjemahan-Terjemahan

56 Bahasa
EN English الإنجليزية
UR اردو الأوردية
ES Español الإسبانية
ID Indonesia الإندونيسية
BN বাংলা البنغالية
FR Français الفرنسية
TR Türkçe التركية
RU Русский الروسية
BS Bosanski البوسنية
SI සිංහල السنهالية
HI हिन्दी الهندية
ZH 中文 الصينية
FA فارسی الفارسية
VI Tiếng Việt الفيتنامية
TL Tagalog تجالوج
KU Kurdî الكردية
HA Hausa الهوسا
PT Português البرتغالية
ML മലയാളം المليالم
TE తెలుగు التلغو
SW Kiswahili السواحيلية
TA தமிழ் التاميلية
TH ไทย التايلندية
DE Deutsch الألمانية
PS پښتو بشتو
AS অসমীয়া الأسامية
SQ Shqip الألبانية
AM አማርኛ الأمهرية
NL Nederlands الهولندية
GU ગુજરાતી الغوجاراتية
KY Кыргызча القيرقيزية
NE नेपाली النيبالية
LT Lietuvių الليتوانية
PRS دری الدرية
SR Српски الصربية
TG тоҷикӣ الطاجيكية
RW Kinyarwanda الكينياروندا
HU Magyar المجرية
CS Čeština التشيكية
MOS Moore الموري
MG Malagasy المالاجاشية
OM Oromoo الأورومو
KN ಕನ್ನಡ الكانادا
WO Wolof الولوف
AZ Azərbaycan الأذربيجانية
UZ O‘zbek الأوزبكية
UK Українська الأوكرانية
KA ქართული الجورجية
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
KMR Kurmancî الكرمنجية