1. Utama
  2. Kategori-kategori
  3. The Creed

hadis Rasulullah ﷺ menyampaikan kepada kami, dan dialah orang yang benar dan dipercayai: "Sesungguhnya penciptaan kamu adalah dengan dihimpunkan dalam rahim ibunya selama 40 hari 40 malam

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ:
حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ الصَّادِقُ المَصْدُوقُ: «أَنَّ خَلْقَ أَحَدِكُمْ يُجْمَعُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا وَأَرْبَعِينَ لَيْلَةً، ثُمَّ يَكُونُ عَلَقَةً مِثْلَهُ، ثُمَّ يَكُونُ مُضْغَةً مِثْلَهُ، ثُمَّ يُبْعَثُ إِلَيْهِ المَلَكُ، فَيُؤْذَنُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ، فَيَكْتُبُ: رِزْقَهُ وَأَجَلَهُ وَعَمَلَهُ وَشَقِيٌّ أَمْ سَعِيدٌ، ثُمَّ يَنْفُخُ فِيهِ الرُّوحَ، فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الجَنَّةِ حَتَّى لاَ يَكُونُ بَيْنَهَا وَبَيْنَهُ إِلَّا ذِرَاعٌ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ، فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُ النَّارَ، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهَا وَبَيْنَهُ إِلَّا ذِرَاعٌ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ، فَيَعْمَلُ عَمَلَ أَهْلِ الجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا».

Daripada ʿAbdullāh bin Masʿūd رضي الله عنه:
Rasulullah ﷺ menyampaikan kepada kami, dan dialah orang yang benar dan dipercayai: "Sesungguhnya penciptaan kamu adalah dengan dihimpunkan dalam rahim ibunya selama 40 hari 40 malam, kemudian menjadi segumpal darah dalam tempoh yang sama, kemudian menjadi segumpal daging dalam tempoh yang sama. Setelah itu, malaikat diutus kepadanya, lalu diperintahkan untuk menulis empat perkara: rezeki, ajal, amal perbuatan dan kecelakaan atau kebahagiaan. Kemudian ditiupkan roh ke dalamnya. Sesungguhnya seseorang daripada kamu melakukan amalan ahli syurga sehingga tiada jarak antaranya dengan syurga kecuali sehasta, tetapi ketetapan takdir mendahuluinya, lalu dia melakukan amalan ahli neraka maka dia pun memasukinya. Dan sesungguhnya seseorang daripada kamu melakukan amalan ahli neraka sehingga tiada jarak antaranya dengan neraka kecuali sehasta, tetapi ketetapan takdir mendahuluinya, lalu dia melakukan amalan ahli syurga, maka dia pun memasukinya."

صحيح متفق عليه صحيح البخاري - 7454

Syarahan

Ibn Masʿūd رضي الله عنه berkata: Rasulullah ﷺ telah menyampaikan kepada kami, dan Baginda adalah orang yang benar dalam tutur katanya serta dibenarkan (oleh wahyu) kerana Allah ﷻ membenarkannya. Baginda bersabda: Sesungguhnya penciptaan kamu adalah dengan dihimpunkan; iaitu apabila seorang lelaki mendatangi isterinya, maka maninya yang berselerak itu dihimpunkan di dalam rahim wanita selama 40 hari sebagai setitis air mani. Kemudian ia menjadi segumpal darah beku yang pekat, dan ia berlaku dalam tempoh 40 hari yang kedua. Kemudian ia menjadi segumpal daging iaitu seketul daging seukuran sesuatu yang boleh dikunyah, dan perkara ini berlaku dalam 40 hari yang ketiga. Setelah berakhir tempoh 40 hari yang ketiga itu, Allah mengutus malaikat kepadanya, lalu malaikat tersebut meniupkan roh ke dalamnya. Malaikat itu juga diperintahkan untuk menulis empat perkara, iaitu: Rezekinya dan ia kadar nikmat dan pemberian yang akan diperolehnya sepanjang hidupnya. Ajalnya iaitu tempoh masa dia akan hidup di dunia. Amalannya, apakah yang akan dia lakukan? Sama ada dia sengsara atau bahagia. Kemudian Nabi ﷺ bersumpah bahawa seseorang itu akan melakukan amalan ahli syurga dan amalannya kelihatan baik, iaitu sebagaimana yang terlihat oleh manusia. Dia terus kekal demikian sehingga jaraknya dengan syurga hanyalah sehasta, iaitu tiada yang memisahkannya dengan syurga melainkan jarak sehasta seperti jarak di bumi. Namun, ketetapan takdir dan apa yang telah ditulis untuknya mengatasi dirinya, lalu dia melakukan amalan ahli neraka, maka dia diakhiri dengan amalan tersebut dan dimasukkan ke dalam neraka. Hal ini kerana syarat penerimaan amal ialah dia terus istiqamah di atasnya dan tidak mengubahnya. Ada pula orang lain yang melakukan amalan ahli neraka sehingga dia hampir memasukinya, seakan-akan jarak antaranya dengan neraka hanyalah sehasta seperti jarak di bumi. Namun, ketetapan takdir dan apa yang telah ditulis baginya mengatasi dirinya, lalu dia melakukan amalan ahli syurga, maka dia diakhiri dengan amalan tersebut dan dimasukkan ke dalam syurga.

Antara faedah daripada hadis ini:

  1. Kesudahan segala urusan pada akhirnya kembali kepada apa yang telah ditetapkan oleh ketentuan (qadha’) dan telah ditulis oleh takdir.
  2. Peringatan agar berhati-hati daripada terpedaya dengan rupa bentuk amalan kerana sesungguhnya amalan itu (diukur) berdasarkan penutupnya (kesudahannya).

Papar Terjemahan-Terjemahan

68 Bahasa
EN English الإنجليزية
UR اردو الأوردية
ES Español الإسبانية
ID Indonesia الإندونيسية
UG ئۇيغۇرچە الأيغورية
BN বাংলা البنغالية
FR Français الفرنسية
TR Türkçe التركية
RU Русский الروسية
BS Bosanski البوسنية
SI සිංහල السنهالية
HI हिन्दी الهندية
ZH 中文 الصينية
FA فارسی الفارسية
VI Tiếng Việt الفيتنامية
TL Tagalog تجالوج
KU Kurdî الكردية
HA Hausa الهوسا
PT Português البرتغالية
ML മലയാളം المليالم
TE తెలుగు التلغو
SW Kiswahili السواحيلية
TA தமிழ் التاميلية
MY မြန်မာ البورمية
TH ไทย التايلندية
DE Deutsch الألمانية
JA 日本語 اليابانية
PS پښتو بشتو
AS অসমীয়া الأسامية
SQ Shqip الألبانية
SV Svenska السويدية
AM አማርኛ الأمهرية
NL Nederlands الهولندية
GU ગુજરાતી الغوجاراتية
KY Кыргызча القيرقيزية
NE नेपाली النيبالية
YO Yorùbá اليوروبا
LT Lietuvių الليتوانية
PRS دری الدرية
SR Српски الصربية
SO Soomaali الصومالية
TG тоҷикӣ الطاجيكية
RW Kinyarwanda الكينياروندا
RO Română الرومانية
HU Magyar المجرية
CS Čeština التشيكية
MOS Moore الموري
MG Malagasy المالاجاشية
FF Fulfulde الفولانية
IT Italiano الإيطالية
OM Oromoo الأورومو
KN ಕನ್ನಡ الكانادا
WO Wolof الولوف
BG Български البلغارية
AZ Azərbaycan الأذربيجانية
EL Ελληνικά اليونانية
UZ O‘zbek الأوزبكية
UK Українська الأوكرانية
KA ქართული الجورجية
LN Lingala اللينجالا
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
KMR Kurmancî الكرمنجية