عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم يَقُولُ:
«إنَّ الحَلَالَ بَيِّنٌ، وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ لَا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنْ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الحَرَامِ، كَالرَّاعِي يَرْعَى حَوْلَ الحِمَى يُوشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيهِ، أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى، أَلَّا وَإِنَّ حِمَى اللَّهِ مَحَارِمُهُ، أَلَّا وَإِنَّ فِي الجَسَدِ مُضْغَةً إذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ كُلُّهُ، وَإذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ القَلْبُ».
المزيد
Daripada Abu Abdullah, al-Nu‘man bin Basyir رضي الله عنه, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara yang syubhah (samar), yang tidak diketahui oleh ramai orang. Maka sesiapa yang menjaga diri daripada perkara-perkara syubhah, dia telah membersihkan agama dan maruahnya. Sesiapa yang terjerumus ke dalam perkara syubhah, dia akan terjerumus ke dalam perkara haram, seperti penggembala yang mengembala ternakannya di sekitar kawasan larangan, hampir-hampir dia akan memasukinya. Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki kawasan larangan, dan ketahuilah bahawa kawasan larangan Allah ialah perkara-perkara yang diharamkan-Nya.
Ketahuilah bahawa di dalam jasad itu terdapat seketul daging, apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, ia adalah hati."