عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
«الدِّينُ النَّصِيحَةُ» قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: «لِلهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ».

Daripada Abu Ruqayyah, Tamim bin Aus al-Dari رضي الله عنه bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:
"Agama itu nasihat" Kami bertanya: "Untuk siapa?" Baginda menjawab: "Untuk Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin umat Islam dan seluruh kaum Muslimin."

صحيح رواه مسلم الأربعون النووية - 7

Syarahan

Nabi ﷺ mengkhabarkan bahawa agama ini berdiri di atas keikhlasan dan kebenaran, sehingga ia dilaksanakan sebagaimana yang diwajibkan oleh Allah dengan sempurna tanpa sebarang kecuaian atau penipuan. Lalu ditanya kepada Nabi ﷺ: “Untuk siapa nasihat itu?” Lalu Baginda bersabda: Pertama: Nasihat kerana Allah SWT Iaitu dengan mengikhlaskan segala amalan hanya untuk-Nya, tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu pun, beriman dengan keesaan-Nya dalam rububiyyah dan uluhiyyah-Nya, serta dengan nama-nama dan sifat-sifat-Nya. Begitu juga dengan mengagungkan perintah-Nya dan menyeru manusia supaya beriman kepada-Nya. Kedua: Nasihat terhadap kitab-Nya iaitu al-Quran al-Karim: dengan meyakini bahawa ia adalah kalam-Nya, kitab terakhir-Nya, dan ia menghapuskan semua syariat sebelumnya. Kita hendaklah mengagungkannya, membacanya dengan bacaan yang sebenar, beramal dengan ayat-ayat yang muhkam (sudah jelas hukumnya), menerima ayat-ayat yang mutasyabih (perlu diperjelaskan), mempertahankannya daripada tafsiran golongan yang menyeleweng, mengambil iktibar daripada peringatannya, menyebarkan ilmunya, serta mengajak manusia kepadanya. Ketiga: Nasihat untuk Rasul-Nya Muhammad ﷺ dengan meyakini bahawa baginda adalah penutup para rasul, membenarkan apa yang baginda bawa, mentaati perintahnya, menjauhi larangannya, tidak beribadah kepada Allah kecuali dengan apa yang disyariatkannya, mengagungkan haknya, memuliakannya, menyebarkan dakwahnya, menyebarkan syariatnya serta menolak segala tuduhan terhadapnya. Keempat: Nasihat untuk para pemimpin umat Islam dengan membantu mereka menegakkan kebenaran, tidak merampas kuasa daripada mereka, mendengar dan taat kepada mereka dalam perkara ketaatan kepada Allah. Kelima: Nasihat untuk seluruh kaum Muslimin dengan berbuat baik kepada mereka, mengajak mereka kepada kebaikan, menahan diri daripada menyakiti mereka, mengasihi mereka dengan menginginkan kebaikan untuk mereka, serta bekerjasama dengan mereka dalam perkara kebaikan dan ketakwaan.

Antara faedah daripada hadis ini:

  1. Perintah untuk memberi nasihat kepada semua pihak.
  2. Kedudukan nasihat yang sangat agung dalam agama.
  3. Agama Islam merangkumi aspek akidah, ucapan dan perbuatan.
  4. Antara bentuk nasihat ialah membersihkan hati daripada tipu daya terhadap orang yang dinasihati serta menginginkan kebaikan untuknya.
  5. Keindahan cara pengajaran Rasulullah ﷺ adalah dengan baginda memulakan sesuatu secara umum, kemudian menghuraikannya secara terperinci.
  6. Mendahulukan perkara yang paling penting, di mana Nabi ﷺ memulakan dengan nasihat untuk Allah, kemudian untuk kitab-Nya, kemudian untuk Rasul-Nya ﷺ, kemudian untuk pemimpin umat Islam dan (akhirnya) untuk seluruh kaum Muslimin.

Papar Terjemahan-Terjemahan

61 Bahasa
EN English الإنجليزية
UR اردو الأوردية
ES Español الإسبانية
ID Indonesia الإندونيسية
BN বাংলা البنغالية
FR Français الفرنسية
TR Türkçe التركية
RU Русский الروسية
BS Bosanski البوسنية
SI සිංහල السنهالية
HI हिन्दी الهندية
ZH 中文 الصينية
FA فارسی الفارسية
VI Tiếng Việt الفيتنامية
TL Tagalog تجالوج
KU Kurdî الكردية
HA Hausa الهوسا
PT Português البرتغالية
ML മലയാളം المليالم
TE తెలుగు التلغو
SW Kiswahili السواحيلية
TA தமிழ் التاميلية
MY မြန်မာ البورمية
TH ไทย التايلندية
DE Deutsch الألمانية
PS پښتو بشتو
AS অসমীয়া الأسامية
SQ Shqip الألبانية
AM አማርኛ الأمهرية
NL Nederlands الهولندية
GU ગુજરાતી الغوجاراتية
KY Кыргызча القيرقيزية
NE नेपाली النيبالية
YO Yorùbá اليوروبا
LT Lietuvių الليتوانية
PRS دری الدرية
SR Српски الصربية
TG тоҷикӣ الطاجيكية
RW Kinyarwanda الكينياروندا
RO Română الرومانية
HU Magyar المجرية
CS Čeština التشيكية
MOS Moore الموري
MG Malagasy المالاجاشية
FF Fulfulde الفولانية
IT Italiano الإيطالية
OM Oromoo الأورومو
KN ಕನ್ನಡ الكانادا
WO Wolof الولوف
AZ Azərbaycan الأذربيجانية
UZ O‘zbek الأوزبكية
UK Українська الأوكرانية
KA ქართული الجورجية
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
KMR Kurmancî الكرمنجية