1. Utama
  2. Kategori-kategori
  3. Jurisprudence and Juristic Principles

hadis ”Susuan itu mengharamkan seperti pengharaman kerana kelahiran (nasab dan keturunan)

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
«الرَّضَاعَةُ تُحَرِّمُ مَا تُحَرِّمُ الوِلَادَةُ».

Daripada ‘Aisyah رضي الله عنها, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda:
”Susuan itu mengharamkan seperti pengharaman kerana kelahiran (nasab dan keturunan)."

صحيح متفق عليه الأربعون النووية - 44

Syarahan

Nabi ﷺ telah menjelaskan bahawa pengharaman kerana susuan adalah sama seperti pengharaman kerana kelahiran dan keturunan, yang terdiri daripada bapa saudara (sebelah ibu atau ayah) atau abang… dan penyusuan membolehkan apa yang dibolehkan disebabkan kelahiran dari segi hukum-hakam.

Antara faedah daripada hadis ini:

  1. Hadis ini merupakan kaedah asas dalam hukum-hakam berkaitan penyusuan.
  2. Ibn Hajar berkata: Maksud sabda baginda, “Penyusuan mengharamkan apa yang diharamkan kerana kelahiran,” ialah susuan juga membolehkan apa yang dibolehkan (dengan sebab kelahiran). Hal ini disepakati oleh semua ulama berkenaan dengan pengharaman perkahwinan (antara ibu dan anak susuan) dan perkara-perkara yang bersangkutan, seterusnya menjadi haram juga antara bayi yang disusukan dengan anak-anak ibu susuan, serta meletakkan mereka pada kedudukan saudara dari segi keharusan memandang, berdua-duaan (khalwah), dan bermusafir bersama. Namun, ia tidak membawa kesan kepada hukum-hakam lain seperti pewarisan, kewajipan nafkah, pembebasan hamba, kesaksian, kecerdasan akal dan penghapusan hukuman qisas.
  3. Penetapan hukum haram melalui penyusuan sebagai pengharaman yang kekal.
  4. Hadis-hadis lain menunjukkan bahawa pengharaman melalui penyusuan ditetapkan dengan lima kali penyusuan yang jelas, dan hendaklah berlaku dalam dua tahun pertama.
  5. Perempuan yang haram dinikahi kerana nasab ialah: Ibu-ibu, termasuk nenek-nenek, sama ada dari pihak ibu atau bapa. Anak-anak perempuan, termasuk anak perempuan kepada anak perempuan dan anak perempuan kepada anak lelaki, juga dari generasi yang selepas mereka (cucu perempuan dan seterusnya). Saudara-mara perempuan, sama ada dari pihak ibu dan bapa, atau hanya dari salah satu pihak. Mak cik sebelah bapa, termasuk semua saudara perempuan kepada bapa sama ada seibu sebapa atau cuma seibu mahupun sebapa sahaja, begitu juga semua saudara perempuan kepada datuk, juga dari generasi lebih tinggi. Mak cik sebelah ibu, termasuk semua saudara perempuan kepada ibu sama ada seibu sebapa atau cuma seibu mahupun sebapa sahaja, begitu juga semua saudara perempuan kepada nenek, juga dari generasi lebih tinggi, sama ada nenek dari pihak bapa atau ibu. Anak perempuan kepada adik-beradik lelaki, dan anak perempuan kepada adik-beradik perempuan, termasuk anak-anak perempuan mereka, juga dari generasi selepas mereka.
  6. Wanita yang haram kerana penyusuan, pengharamannya adalah sama seperti yang diharamkan dengan sebab nasab. Maka, setiap wanita yang haram kerana nasab, menjadi haram juga kerana penyusuan, kecuali ibu kepada saudara lelaki susuannya dan adik-beradik perempuan bagi anak lelaki susuannya, kerana keduanya tidak menjadi haram.

Papar Terjemahan-Terjemahan

58 Bahasa
EN English الإنجليزية
UR اردو الأوردية
ES Español الإسبانية
ID Indonesia الإندونيسية
UG ئۇيغۇرچە الأيغورية
BN বাংলা البنغالية
FR Français الفرنسية
TR Türkçe التركية
RU Русский الروسية
BS Bosanski البوسنية
SI සිංහල السنهالية
HI हिन्दी الهندية
ZH 中文 الصينية
FA فارسی الفارسية
VI Tiếng Việt الفيتنامية
TL Tagalog تجالوج
KU Kurdî الكردية
HA Hausa الهوسا
PT Português البرتغالية
ML മലയാളം المليالم
TE తెలుగు التلغو
SW Kiswahili السواحيلية
TA தமிழ் التاميلية
MY မြန်မာ البورمية
TH ไทย التايلندية
DE Deutsch الألمانية
PS پښتو بشتو
AS অসমীয়া الأسامية
SQ Shqip الألبانية
AM አማርኛ الأمهرية
NL Nederlands الهولندية
GU ગુજરાતી الغوجاراتية
KY Кыргызча القيرقيزية
NE नेपाली النيبالية
LT Lietuvių الليتوانية
PRS دری الدرية
SR Српски الصربية
TG тоҷикӣ الطاجيكية
RW Kinyarwanda الكينياروندا
HU Magyar المجرية
CS Čeština التشيكية
MOS Moore الموري
MG Malagasy المالاجاشية
OM Oromoo الأورومو
KN ಕನ್ನಡ الكانادا
WO Wolof الولوف
AZ Azərbaycan الأذربيجانية
UZ O‘zbek الأوزبكية
UK Українська الأوكرانية
KA ქართული الجورجية
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
KMR Kurmancî الكرمنجية