1. Utama
  2. Kategori-kategori
  3. Virtues and Manners

hadis Tidaklah seorang anak Adam itu memenuhi sesuatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah beberapa suapan untuk anak Adam menegakkan tulang belakangnya. Jika tidak dapat dielakkan, maka (jadikanlah) sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga untuk nafasnya

عَنْ المِقْدَامِ بْنِ مَعْدِي كَرِبَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:
«مَا مَلأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ، بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أَكَلاَتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ، فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ، فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ، وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ، وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ».

Daripada Al-Miqdām bin Ma‘dī Karib رضي الله عنه, beliau berkata: Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:
"Tidaklah seorang anak Adam itu memenuhi sesuatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah beberapa suapan untuk anak Adam menegakkan tulang belakangnya. Jika tidak dapat dielakkan, maka (jadikanlah) sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga untuk nafasnya."

صحيح رواه الإمام أحمد والترمذي والنسائي وابن ماجه الأربعون النووية - 47

Syarahan

Nabi yang mulia ﷺ membimbing kita kepada salah satu prinsip asas perubatan, iaitu pencegahan yang menjaga kesihatan manusia. Pencegahan itu adalah dengan mengurangkan makan, bahkan hendaklah seseorang makan secukupnya sahaja untuk mengenyangkan perutnya dan menguatkannya bagi menunaikan amalan-amalan yang perlu dilaksanakannya. Sesungguhnya bekas yang paling buruk yang dipenuhkan ialah perut, kerana akibat kenyang boleh menimbulkan pelbagai penyakit yang merbahaya, sama ada segera atau lambat, zahir atau batin, yang tidak terhitung jumlahnya. Kemudian, Rasulullah ﷺ bersabda: Jika seseorang manusia tidak dapat dielakkan daripada kenyang, hendaklah dia membahagikan makannya menjadi satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman, dan satu pertiga untuk nafas, supaya dia tidak mengalami kesempitan atau kemudaratan, serta tidak menjadi malas dalam menunaikan apa yang diwajibkan Allah ke atasnya dalam urusan agamanya atau dunianya.

Antara faedah daripada hadis ini:

  1. Tidak melampaui batas dalam makan dan minum. Ini merupakan prinsip yang merangkumi semua asas perubatan, kerana terlalu kenyang boleh menimbulkan pelbagai penyakit dan kemudaratan.
  2. Tujuan makan ialah untuk memelihara kesihatan dan kekuatan, dan dengan itu terpelihara keselamatan hidup.
  3. Memenuhkan perut dengan makanan boleh mendatangkan kemudaratan dari segi jasmani dan agama. Saidina Umar رضي الله عنه berkata: “Jauhilah daripada memenuhi perut, kerana ia perosak tubuh badan dan penyebab malas untuk menunaikan solat.”
  4. Makanan dari segi hukum dibahagikan kepada beberapa jenis: Wajib, iaitu makanan yang memelihara kehidupan dan meninggalkannya mendatangkan kemudaratan. Dibenarkan, iaitu makanan yang melebihi keperluan wajib tetapi tidak berbahaya. Makruh, iaitu makanan yang dikhuatiri mendatangkan mudarat. Haram, iaitu makanan yang diketahui mendatangkan kemudaratan. Sunat, iaitu makanan yang membantu seseorang menunaikan ibadah dan ketaatan kepada Allah. Kesemuanya diringkaskan dalam hadis dalam tiga peringkat: Pertama, memenuhkan perut. Kedua: Makanan atau suapan yang menguatkan tulang belakang. Ketiga: Sabda Nabi ﷺ: “Satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk minumannya, dan satu pertiga untuk nafasnya.” Semua ini tertakluk kepada syarat bahawa jenis makanan yang dimakan adalah halal.
  5. Hadis ini merupakan salah satu asas dalam ilmu perubatan. Oleh sebab ilmu perubatan berlandaskan kepada tiga prinsip: memelihara kekuatan, menjaga kesederhanaan, dan pengosongan (detoksifikasi), maka hadis ini merangkumi dua prinsip yang awal daripadanya. Seperti firman Allah: (“Makan dan minumlah, tetapi jangan berlebih-lebihan; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.”) [Surah al-A‘raf: 31]."
  6. Sempurnanya syariat ini kerana ia merangkumi kebaikan manusia dalam urusan agamanya dan dunianya.
  7. Antara ilmu syariat terdapat asas-asas perubatan dan pelbagai jenisnya, sebagaimana yang disebutkan tentang madu dan jintan hitam (Habbatus Sauda).
  8. Syariat Islam mengandungi hukum-hukum yang penuh dengan hikmah, dan ia dibina atas asas mencegah kemudaratan serta mendatangkan manfaat.

Papar Terjemahan-Terjemahan

58 Bahasa
EN English الإنجليزية
UR اردو الأوردية
ES Español الإسبانية
ID Indonesia الإندونيسية
UG ئۇيغۇرچە الأيغورية
BN বাংলা البنغالية
FR Français الفرنسية
TR Türkçe التركية
RU Русский الروسية
BS Bosanski البوسنية
SI සිංහල السنهالية
HI हिन्दी الهندية
ZH 中文 الصينية
FA فارسی الفارسية
VI Tiếng Việt الفيتنامية
TL Tagalog تجالوج
KU Kurdî الكردية
HA Hausa الهوسا
PT Português البرتغالية
ML മലയാളം المليالم
TE తెలుగు التلغو
SW Kiswahili السواحيلية
TA தமிழ் التاميلية
MY မြန်မာ البورمية
TH ไทย التايلندية
DE Deutsch الألمانية
PS پښتو بشتو
AS অসমীয়া الأسامية
SQ Shqip الألبانية
AM አማርኛ الأمهرية
NL Nederlands الهولندية
GU ગુજરાતી الغوجاراتية
KY Кыргызча القيرقيزية
NE नेपाली النيبالية
LT Lietuvių الليتوانية
PRS دری الدرية
SR Српски الصربية
TG тоҷикӣ الطاجيكية
RW Kinyarwanda الكينياروندا
HU Magyar المجرية
CS Čeština التشيكية
MOS Moore الموري
MG Malagasy المالاجاشية
OM Oromoo الأورومو
KN ಕನ್ನಡ الكانادا
WO Wolof الولوف
AZ Azərbaycan الأذربيجانية
UZ O‘zbek الأوزبكية
UK Українська الأوكرانية
KA ქართული الجورجية
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
KMR Kurmancî الكرمنجية