1. Utama
  2. Kategori-kategori
  3. Jurisprudence and Juristic Principles

hadis “Segala yang memabukkan adalah arak, dan segala yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia dan mati dalam keadaan ketagihannya tanpa bertaubat maka dia tidak akan meminumnya di akhirat.”

عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
«كل مُسْكِرٍ خَمْرٌ، وكل مُسْكِرٍ حرام، ومن شرِب الخمر في الدنيا فمات وهو يُدْمِنُهَا لَمْ يَتُبْ، لَمْ يَشْرَبْهَا في الآخرة».

Daripada Ibn Umar رضي الله عنهما, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Segala yang memabukkan adalah arak, dan segala yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia dan mati dalam keadaan ketagihannya tanpa bertaubat maka dia tidak akan meminumnya di akhirat.”

صحيح رواه مسلم وأخرج البخاري الجملة الأخيرة منه صحيح مسلم - 2003

Syarahan

Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa segala benda yang menutupi akal dan menghilangkannya adalah arak yang memabukkan, sama ada minuman, makanan, sedut (melalui hidung) atau seumpamanya. Segala yang memabukkan dan menghilangkan akal telah diharamkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla dan dilarang, sama ada sedikit atau banyak. Sesiapa yang meminum sebarang jenis minuman memabukkan, terus-menerus mengamalkannya, dan tidak bertaubat sehingga meninggal dunia, maka dia layak menerima hukuman Allah dengan tidak diberi minumannya di syurga.

Antara faedah daripada hadis ini:

  1. Sebab pengharaman arak adalah kerana ia memabukkan, maka setiap yang memabukkan, tidak kira jenisnya, adalah haram.
  2. Allah Ta‘ala mengharamkan arak kerana ia mengandungi kemudaratan dan kerosakan yang besar.
  3. Meminum arak di syurga adalah sebahagian daripada kesempurnaan kenikmatan dan kebahagiaan yang mutlak.
  4. Sesiapa yang tidak menahan dirinya daripada meminum arak di dunia, Allah mengharamkan baginya untuk meminumnya di syurga. Balasan adalah setimpal dengan amalan.
  5. Galakan untuk segera bertaubat daripada dosa sebelum meninggal dunia.

Papar Terjemahan-Terjemahan

61 Bahasa
EN English الإنجليزية
UR اردو الأوردية
ES Español الإسبانية
ID Indonesia الإندونيسية
UG ئۇيغۇرچە الأيغورية
BN বাংলা البنغالية
TR Türkçe التركية
RU Русский الروسية
BS Bosanski البوسنية
SI සිංහල السنهالية
HI हिन्दी الهندية
ZH 中文 الصينية
FA فارسی الفارسية
VI Tiếng Việt الفيتنامية
TL Tagalog تجالوج
KU Kurdî الكردية
HA Hausa الهوسا
PT Português البرتغالية
ML മലയാളം المليالم
TE తెలుగు التلغو
SW Kiswahili السواحيلية
TA தமிழ் التاميلية
TH ไทย التايلندية
DE Deutsch الألمانية
JA 日本語 اليابانية
PS پښتو بشتو
AS অসমীয়া الأسامية
SQ Shqip الألبانية
SV Svenska السويدية
AM አማርኛ الأمهرية
NL Nederlands الهولندية
GU ગુજરાતી الغوجاراتية
KY Кыргызча القيرقيزية
NE नेपाली النيبالية
YO Yorùbá اليوروبا
LT Lietuvių الليتوانية
PRS دری الدرية
SR Српски الصربية
SO Soomaali الصومالية
TG тоҷикӣ الطاجيكية
RW Kinyarwanda الكينياروندا
RO Română الرومانية
HU Magyar المجرية
CS Čeština التشيكية
MOS Moore الموري
MG Malagasy المالاجاشية
OM Oromoo الأورومو
KN ಕನ್ನಡ الكانادا
WO Wolof الولوف
AZ Azərbaycan الأذربيجانية
UZ O‘zbek الأوزبكية
UK Українська الأوكرانية
KA ქართული الجورجية
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
KMR Kurmancî الكرمنجية