عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رضي الله عنهما أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَامَ بَعْدَ أَنْ رَجَمَ الْأَسْلَمِيَّ فَقَالَ:
«اجْتَنِبُوا هَذِهِ الْقَاذُورَةَ الَّتِي نَهَى اللَّهُ عَنْهَا فَمَنْ أَلَمَّ فَلْيَسْتَتِرْ بِسِتْرِ اللَّهِ وَلْيُتُبْ إِلَى اللَّهِ، فَإِنَّهُ مَنْ يُبْدِ لْنَا صَفْحَتَهُ نُقِمْ عَلَيْهِ كِتَابَ اللَّهِ عز وجل».
المزيد
Daripada 'Abdullah bin ‘Umar رضي الله عنهما, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bangun setelah merejam lelaki daripada kabilah al-Aslami, lalu baginda bersabda:
“Jauhilah kotoran ini (zina) yang Allah larang daripadanya. Sesiapa yang terlanjur melakukannya maka hendaklah dia menutup dirinya dengan perlindungan Allah dan bertaubat kepada-Nya. Sesungguhnya sesiapa yang menzahirkan (dosanya) kepada kami, nescaya kami akan melaksanakan hukum Allah عز وجل ke atasnya.”