عَنْ أَبِي نَجِيحٍ العِرْبَاضِ بْنِ سَارِيَةَ رضي الله عنه قَالَ: وَعَظَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَوْعِظَةً وَجِلَتْ مِنْهَا القُلُوبُ، وَذَرَفَتْ مِنْهَا العُيُونُ، فَقُلْنَا: يَا رَسُولَ اللهِ! كَأَنَّهَا مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ؛ فَأَوْصِنَا، قَالَ:
«أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ، وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ، وَإِنْ تَأَمَّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ، فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا، فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيينَ، عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ؛ فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ».
المزيد
Daripada Abu Najih, al-‘Irbadh bin Sāriyyah رضي الله عنه, beliau berkata: “Rasulullah صلى الله عليه وسلم memberikan nasihat yang begitu menyentuh hati, sehingga hati kami menjadi gementar dan berlinangan air mata. Kami berkata: ‘Wahai Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat seorang yang mahu berpisah, maka nasihatilah kami.’ Baginda bersabda:”
“Aku wasiatkan kepada kamu supaya bertakwa kepada Allah, dan patuh serta taat, walaupun seorang hamba memimpin kamu. Sesungguhnya sesiapa antara kamu yang hidup selepas (pemergian) aku, nescaya akan menyaksikan banyak perselisihan. Oleh itu, peganglah teguh sunnahku dan sunnah para Khulafa al-Rashidin, yang mendapat petunjuk, gigitlah ia dengan gigi geraham kalian. Jauhilah segala perkara yang diada-adakan, kerana setiap bidaah itu adalah sesat.”