1. Utama
  2. Kategori-kategori
  3. Virtues and Manners

hadis “Sesungguhnya antara perkara yang manusia perolehi daripada kata-kata nabi terdahulu ialah: “Jika engkau tidak malu, buatlah apa sahaja yang engkau mahu.”

عَنْ أَبي مَسْعُودٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُولَى: إِذَا لَمْ تَسْتَحْيِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ».

Daripada Abu Mas‘ud رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Sesungguhnya antara perkara yang manusia perolehi daripada kata-kata nabi terdahulu ialah: “Jika engkau tidak malu, buatlah apa sahaja yang engkau mahu.”

صحيح رواه البخاري صحيح البخاري - 6120

Syarahan

Nabi صلى الله عليه وسلم memberitahu bahawa antara kata-kata yang sampai sebagai wasiat daripada para nabi terdahulu, yang berleluasa penggunaannya dalam kalangan manusia dan diwarisi sejak turun-temurun, sehingga sampai kepada generasi awal umat ini ialah:
Perhatikan apa yang kamu ingin lakukan; jika ia sesuatu yang tidak memalukan, maka lakukanlah, tetapi jika ia sesuatu yang memalukan, maka tinggalkannya.
Sesungguhnya penghalang daripada melakukan perkara keji ialah sifat malu. Maka sesiapa yang tidak memiliki rasa malu, dia akan terjerumus dalam segala bentuk kejahatan dan kemungkaran.

Antara faedah daripada hadis ini:

  1. Malu adalah asas kepada akhlak yang mulia.
  2. Malu adalah satu sifat daripada sifat para nabi عليهم السلام, dan ia termasuk perkara yang diwarisi daripada mereka.
  3. Malu ialah sifat yang mendorong seorang Muslim melakukan perkara yang memperelok dan menghiasinya, serta meninggalkan perkara yang mengotorkan dan mencemarkan dirinya.
  4. Al-Nawawi berkata: Perintah dalam hadis ini adalah dalam bentuk keharusan (ibahah), iaitu: jika engkau ingin melakukan sesuatu, maka jika perkara itu adalah sesuatu yang engkau tidak malu melakukannya di hadapan Allah dan manusia, maka lakukanlah. Jika tidak, maka jangan. Atas dasar ini, Islam dibina. Penjelasannya ialah: Amar (perintah) berupa wajib atau mandub (digalakkan) adalah perkara yang dirasakan malu untuk ditinggalkan. Manakala nahi (larangan) berupa haram atau makruh adalah perkara yang dirasakan malu untuk dilakukan. Adapun perkara harus, rasa malu itu boleh jadi pada melakukannya atau meninggalkannya. Maka hadis ini merangkumi lima hukum syarak. Dikatakan juga bahawa ia adalah perintah berupa ancaman, maksudnya: apabila sifat malu telah tercabut daripadamu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu; sesungguhnya Allah pasti akan membalasmu atas perbuatan itu. Ada juga yang berkata: ia adalah perintah yang bermaksud khabar iaitu sesiapa yang tidak memiliki sifat malu, dia akan melakukan apa sahaja yang dia kehendaki.

Papar Terjemahan-Terjemahan

59 Bahasa
EN English الإنجليزية
UR اردو الأوردية
ES Español الإسبانية
ID Indonesia الإندونيسية
BN বাংলা البنغالية
FR Français الفرنسية
TR Türkçe التركية
RU Русский الروسية
BS Bosanski البوسنية
SI සිංහල السنهالية
HI हिन्दी الهندية
ZH 中文 الصينية
FA فارسی الفارسية
VI Tiếng Việt الفيتنامية
TL Tagalog تجالوج
KU Kurdî الكردية
HA Hausa الهوسا
PT Português البرتغالية
ML മലയാളം المليالم
TE తెలుగు التلغو
SW Kiswahili السواحيلية
TA தமிழ் التاميلية
TH ไทย التايلندية
DE Deutsch الألمانية
JA 日本語 اليابانية
PS پښتو بشتو
AS অসমীয়া الأسامية
SQ Shqip الألبانية
SV Svenska السويدية
AM አማርኛ الأمهرية
NL Nederlands الهولندية
GU ગુજરાતી الغوجاراتية
KY Кыргызча القيرقيزية
NE नेपाली النيبالية
LT Lietuvių الليتوانية
PRS دری الدرية
SR Српски الصربية
TG тоҷикӣ الطاجيكية
RW Kinyarwanda الكينياروندا
RO Română الرومانية
HU Magyar المجرية
CS Čeština التشيكية
MOS Moore الموري
MG Malagasy المالاجاشية
OM Oromoo الأورومو
KN ಕನ್ನಡ الكانادا
WO Wolof الولوف
AZ Azərbaycan الأذربيجانية
UZ O‘zbek الأوزبكية
UK Українська الأوكرانية
KA ქართული الجورجية
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
KMR Kurmancî الكرمنجية