1. Utama
  2. Kategori-kategori
  3. The Creed

hadis Adakah kamu tahu apa yang Tuhan kamu firmankan?» Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Baginda bersabda: «Pada pagi ini, ada dalam kalangan hamba-Ku yang beriman kepada-Ku dan ada yang kafir

عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الجُهَنِيِّ رضي الله عنه أَنَّهُ قَالَ:
صَلَّى لَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ الصُّبْحِ بِالْحُدَيْبِيَةِ عَلَى إِثْرِ سَمَاءٍ كَانَتْ مِنَ اللَّيْلَةِ، فَلَمَّا انْصَرَفَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ، فَقَالَ: «هَلْ تَدْرُونَ مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ؟» قَالُوا: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: «أَصْبَحَ مِنْ عِبَادِي مُؤْمِنٌ بِي وَكَافِرٌ، فَأَمَّا مَنْ قَالَ: مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللهِ وَرَحْمَتِهِ، فَذَلِكَ مُؤْمِنٌ بِي وَكَافِرٌ بِالْكَوْكَبِ، وَأَمَّا مَنْ قَالَ: بِنَوْءِ كَذَا وَكَذَا، فَذَلِكَ كَافِرٌ بِي وَمُؤْمِنٌ بِالْكَوْكَبِ».

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani RA, beliau berkata:
Rasulullah ﷺ telah mengimami kami solat Subuh di Hudaibiyah selepas hujan yang turun pada malamnya. Setelah selesai solat, baginda menghadap orang ramai, lalu bersabda: «Adakah kamu tahu apa yang Tuhan kamu firmankan?» Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Baginda bersabda: «Pada pagi ini, ada dalam kalangan hamba-Ku yang beriman kepada-Ku dan ada yang kafir. Adapun sesiapa yang berkata: 'Kami diberi hujan dengan kurniaan Allah dan rahmat-Nya', maka dia beriman kepada-Ku dan kafir terhadap bintang. Dan adapun sesiapa yang berkata: 'Kami diberi hujan disebabkan bintang sekian dan sekian', maka dia kafir kepada-Ku dan beriman kepada bintang».

صحيح متفق عليه صحيح البخاري - 846

Syarahan

Nabi ﷺ menunaikan solat Subuh di Hudaibiyah -iaitu sebuah perkampungan yang berhampiran dengan Mekah- selepas hujan yang turun pada malam itu, Setelah baginda memberi salam dan selesai solatnya, baginda menghadap orang ramai, lalu bertanya kepada mereka: "Tahukah kamu apa yang telah difirmankan oleh Tuhan kamu Azza wa Jalla?" Maka mereka menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui, Maka beliau berkata: Sesungguhnya Allah SWT telah menjelaskan bahawa manusia terbahagi kepada dua golongan ketika turunnya hujan: golongan yang beriman kepada Allah SWT, dan golongan yang kafir kepada Allah SWT. Maka adapun sesiapa yang berkata: “Kita diturunkan hujan dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya,” dan menyandarkan penurunan hujan kepada Allah SWT; maka dia adalah seorang yang beriman kepada Allah, Sang Pencipta lagi Pengatur alam ini, dan kafir terhadap bintang. Adapun sesiapa yang berkata: "Kami diberi hujan dengan sebab bintang sekian dan sekian"; maka dia adalah kafir kepada Allah, beriman kepada bintang, dan ia adalah kufur kecil kerana dia menisbahkan penurunan hujan kepada bintang; sedangkan Allah tidak menjadikannya sebagai sebab syar‘i mahupun qadari, Adapun sesiapa yang menyandarkan turunnya hujan dan kejadian-kejadian lain di bumi kepada pergerakan bintang-bintang ketika terbit dan terbenamnya, dengan meyakini bahawa ia adalah penyebab sebenar, maka dia telah kafir dengan kekufuran yang besar.

Antara faedah daripada hadis ini:

  1. Ucapan yang disunnahkan setelah turun hujan: "Kita diberi hujan kerana kurnia dan rahmat Allah."
  2. Sesiapa yang menisbahkan nikmat turunnya hujan dan selainnya kepada bintang sebagai pencipta dan pengadanya, maka dia kafir dengan kekufuran yang besar, dan jika dia menisbahkannya sebagai satu sebab, maka dia kafir dengan kekufuran yang kecil kerana ia bukanlah sebab yang syar'i mahupun hissi.
  3. Nikmat menjadi sebab kepada kekufuran apabila tidak disyukuri, dan menjadi sebab kepada iman apabila disyukuri.
  4. Larangan daripada berkata: "Hujan diturunkan kepada kita oleh bintang sekian-sekian," walaupun tujuannya untuk merujuk waktu; bagi menutup jalan yang membawa kepada syirik.
  5. Kewajipan menggantungkan hati kepada Allah Ta’ala dalam meraih nikmat dan menolak bala.

Papar Terjemahan-Terjemahan

69 Bahasa
EN English الإنجليزية
UR اردو الأوردية
ES Español الإسبانية
ID Indonesia الإندونيسية
UG ئۇيغۇرچە الأيغورية
BN বাংলা البنغالية
FR Français الفرنسية
TR Türkçe التركية
RU Русский الروسية
BS Bosanski البوسنية
SI සිංහල السنهالية
HI हिन्दी الهندية
ZH 中文 الصينية
FA فارسی الفارسية
VI Tiếng Việt الفيتنامية
TL Tagalog تجالوج
KU Kurdî الكردية
HA Hausa الهوسا
PT Português البرتغالية
ML മലയാളം المليالم
TE తెలుగు التلغو
SW Kiswahili السواحيلية
TA தமிழ் التاميلية
MY မြန်မာ البورمية
TH ไทย التايلندية
DE Deutsch الألمانية
JA 日本語 اليابانية
PS پښتو بشتو
AS অসমীয়া الأسامية
SQ Shqip الألبانية
SV Svenska السويدية
AM አማርኛ الأمهرية
NL Nederlands الهولندية
GU ગુજરાતી الغوجاراتية
KY Кыргызча القيرقيزية
NE नेपाली النيبالية
YO Yorùbá اليوروبا
LT Lietuvių الليتوانية
PRS دری الدرية
SR Српски الصربية
SO Soomaali الصومالية
TG тоҷикӣ الطاجيكية
RW Kinyarwanda الكينياروندا
RO Română الرومانية
HU Magyar المجرية
CS Čeština التشيكية
MOS Moore الموري
MG Malagasy المالاجاشية
FF Fulfulde الفولانية
IT Italiano الإيطالية
OM Oromoo الأورومو
KN ಕನ್ನಡ الكانادا
WO Wolof الولوف
BG Български البلغارية
AZ Azərbaycan الأذربيجانية
EL Ελληνικά اليونانية
UZ O‘zbek الأوزبكية
UK Українська الأوكرانية
KA ქართული الجورجية
LN Lingala اللينجالا
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
YAO Yao الياو
KMR Kurmancî الكرمنجية