عَنْ أَبِي العَبَّاسِ، عَبْدِ الله بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: كُنْت خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا، فَقَالَ:
«يَا غُلَامِ! إنِّي أُعَلِّمُك كَلِمَاتٍ: احْفَظِ اللَّهَ يَحْفَظْكَ، احْفَظِ الله تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، إذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاَللهِ، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْكَ؛ رُفِعَتِ الأَقْلَامُ، وَجَفَّتِ الصُّحُفُ».
وَفِي رِوَايَةِ غَيْرِ التِّرْمِذِيِّ: «احْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ أَمَامَكَ، تَعَرَّفْ إلَى اللهِ فِي الرَّخَاءِ يَعْرِفْكَ فِي الشِّدَّةِ، وَاعْلَمْ أَنَّ مَا أَخْطَأَكَ لَمْ يَكُنْ لِيُصِيبَكَ، وَمَا أَصَابَك لَمْ يَكُنْ لِيُخْطِئَكَ، وَاعْلَمْ أَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرِ، وَأَنْ الفَرَجَ مَعَ الكَرْبِ، وَأَنَّ مَعَ العُسْرِ يُسْرًا».
المزيد
Daripada Abu al-‘Abbās, ‘Abdullah bin ‘Abbās رضي الله عنهما, beliau berkata: “Suatu hari aku berada di belakang Rasulullah صلى الله عليه وسلم, lalu baginda bersabda:
"Duhai anakku, saya ingin ajarkan kamu beberapa perkara: Jagalah hak Allah, nescaya Allah akan menjagamu. Jagalah hak Allah, nescaya kamu akan mendapati-Nya selalu bersamamu. Apabila kamu memohon sesuatu, mintalah kepada Allah, dan apabila kamu memerlukan pertolongan, mintalah pertolongan daripada Allah. Ketahuilah bahawa jika seluruh manusia berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu, mereka tidak dapat melakukannya melainkan dengan izin Allah. Dan jika mereka berkumpul untuk memudaratkan kamu, mereka tidak akan berjaya melakukannya melainkan sesuatu yang Allah telah tetapkan. Pena telah diangkat dan takdir telah ditulis." Dalam satu riwayat selain al-Tirmidhi disebut:
“Peliharalah Allah nescaya kamu akan mendapati-Nya di hadapanmu. Dekatlah kepada Allah ketika senang nescaya Dia akan mengenalimu dalam kesusahan. Ketahuilah bahawa apa yang terlepas daripada kamu tidak akan menimpamu, dan apa yang akan menimpamu tidak akan terlepas daripada kamu. Ketahuilah bahawa kemenangan datang bersama kesabaran, kemudahan datang bersama kesempitan dan bersama kesukaran pasti ada kelapangan.”