1. Utama
  2. Kategori-kategori
  3. Jurisprudence and Juristic Principles

hadis “Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya mengharamkan jual beli arak, bangkai, babi, dan berhala.”

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ عَامَ الفَتْحِ وَهُوَ بِمَكَّةَ:
«إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الخَمْرِ، وَالمَيْتَةِ وَالخِنْزِيرِ وَالأَصْنَامِ»، فَقِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَرَأَيْتَ شُحُومَ المَيْتَةِ، فَإِنَّهَا يُطْلَى بِهَا السُّفُنُ، وَيُدْهَنُ بِهَا الجُلُودُ، وَيَسْتَصْبِحُ بِهَا النَّاسُ؟ فَقَالَ: «لاَ، هُوَ حَرَامٌ»، ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ ذَلِكَ: «قَاتَلَ اللَّهُ اليَهُودَ إِنَّ اللَّهَ لَمَّا حَرَّمَ شُحُومَهَا جَمَلُوهُ، ثُمَّ بَاعُوهُ، فَأَكَلُوا ثَمَنَهُ».

Daripada Jabir bin Abdullah رضي الله عنهما, bahawa beliau mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda ketika tahun pembukaan Kota Mekah, semasa baginda berada di Mekah:
“Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya mengharamkan jual beli arak, bangkai, babi, dan berhala.” Lalu ditanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana pula dengan lemak bangkai, kerana ia digunakan untuk melapisi kapal, menyamak kulit dan orang ramai memakainya?” Baginda menjawab: “Tidak, ia haram.” Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Semoga Allah telah menghancurkan orang Yahudi kerana apabila Allah mengharamkan lemak itu, mereka (memproses dengan) mengeluarkan minyaknya. Kemudian mereka menjualnya, lalu memakan hasil jualannya.”

صحيح متفق عليه صحيح البخاري - 2236

Syarahan

Jabir bin Abdullah رضي الله عنهما mendengar Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda pada tahun pembukaan Kota Mekah semasa baginda berada di Mekah: “Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya mengharamkan jual beli arak, bangkai, babi dan berhala.” Lalu ditanya: “Wahai Rasulullah, adakah dibolehkan menjual lemak bangkai? Kerana ia digunakan untuk melapisi kapal, dijadikan minyak dan orang ramai menyalakan pelita mereka dengannya.” Baginda menjawab: “Tidak, jualannya haram.” Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Allah telah memusnahkan dan melaknati orang Yahudi; apabila Allah mengharamkan lemak binatang ke atas mereka, mereka mencairkannya, kemudian menjual minyaknya, lalu memakan hasil jualannya.”

Antara faedah daripada hadis ini:

  1. Al-Nawawi berkata: “Bangkai, arak, dan babi: para ulama Islam sepakat bahawa jualan bagi setiap daripadanya adalah haram.”
  2. Al-Qadhi berkata: “Hadis ini menjelaskan bahawa sesuatu yang haram dimakan dan dimanfaatkan tidak boleh dijual, tidak boleh memakan hasil jualannya sebagaimana yang disebutkan mengenai lemak dalam hadis tersebut.”
  3. Ibn Hajar berkata: “Susunan ayatnya menunjukkan bahawa yang dimaksudkan yang disebutkan oleh kebanyakan ulama bahawa yang dimaksudkan dengan sabda baginda: “Ia haram” ialah jualannya, bukan mengambil manfaatnya.”
  4. Segala helah yang digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang haram adalah tertolak.
  5. Al-Nawawi berkata: Para ulama berkata: “Termasuk dalam larangan secara umum menjual bangkai haram juga ialah menjual mayat orang kafir jika dibunuh, dan orang kafir ingin membelinya atau memberi ganti daripadanya. Seperti yang disebut dalam hadis, bahawa Naufal bin Abdullah al-Makhzumi dibunuh oleh orang Muslim pada peperangan Khandaq. Setelah itu, orang kafir menawarkan 10 ribu dirham kepada Nabi صلى الله عليه وسلم untuk jasadnya, tetapi baginda tidak menerimanya dan mengembalikannya kepada mereka.”

Papar Terjemahan-Terjemahan

59 Bahasa
EN English الإنجليزية
UR اردو الأوردية
ES Español الإسبانية
ID Indonesia الإندونيسية
BN বাংলা البنغالية
FR Français الفرنسية
TR Türkçe التركية
RU Русский الروسية
BS Bosanski البوسنية
SI සිංහල السنهالية
HI हिन्दी الهندية
ZH 中文 الصينية
FA فارسی الفارسية
VI Tiếng Việt الفيتنامية
TL Tagalog تجالوج
KU Kurdî الكردية
HA Hausa الهوسا
PT Português البرتغالية
ML മലയാളം المليالم
TE తెలుగు التلغو
SW Kiswahili السواحيلية
TA தமிழ் التاميلية
TH ไทย التايلندية
DE Deutsch الألمانية
JA 日本語 اليابانية
PS پښتو بشتو
AS অসমীয়া الأسامية
SQ Shqip الألبانية
SV Svenska السويدية
AM አማርኛ الأمهرية
NL Nederlands الهولندية
GU ગુજરાતી الغوجاراتية
KY Кыргызча القيرقيزية
NE नेपाली النيبالية
LT Lietuvių الليتوانية
PRS دری الدرية
SR Српски الصربية
TG тоҷикӣ الطاجيكية
RW Kinyarwanda الكينياروندا
RO Română الرومانية
HU Magyar المجرية
CS Čeština التشيكية
MOS Moore الموري
MG Malagasy المالاجاشية
OM Oromoo الأورومو
KN ಕನ್ನಡ الكانادا
WO Wolof الولوف
AZ Azərbaycan الأذربيجانية
UZ O‘zbek الأوزبكية
UK Українська الأوكرانية
KA ქართული الجورجية
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
KMR Kurmancî الكرمنجية