عَنِ ابْنِ عُمَرَ رضي الله عنهما أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
«أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَيُقِيمُوا الصَّلاَةَ، وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ، فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلَّا بِحَقِّ الإِسْلاَمِ، وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللَّهِ».
المزيد
Daripada Ibnu Umar رضي الله عنهما bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucap syahadah bahawa tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah, dan bahawa Muhammad ialah utusan Allah, serta menunaikan solat dan membayar zakat, apabila mereka melakukan semua itu, maka darah dan harta mereka terpelihara daripadaku kecuali menurut hak (menurut) Islam, dan perhitungan mereka di sisi Allah.”