1. Utama
  2. Kategori-kategori
  3. The Creed

hadis “Apa sahaja perkara yang aku larang kamu daripadanya maka jauhilah. Dan apa sahaja yang aku perintahkan kamu lakukannya, maka laksanakanlah ia menurut kemampuan kamu

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ صَخْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْت رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم يَقُولُ:
«مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوهُ، وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَافْعَلُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ، وَاخْتِلَافُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ».

Daripada Abu Hurairah, Abdul Rahman bin Sakhr رضي الله عنه, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:
“Apa sahaja perkara yang aku larang kamu daripadanya maka jauhilah. Dan apa sahaja yang aku perintahkan kamu lakukannya, maka laksanakanlah ia menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kamu ialah banyaknya pertanyaan mereka dan perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka.”

صحيح رواه البخاري ومسلم الأربعون النووية - 9

Syarahan

Rasulullah صلى الله عليه وسلم menerangkan kepada kita bahawa apabila baginda melarang kita daripada sesuatu perkara, maka kita wajib menjauhinya tanpa pengecualian. Apabila baginda memerintahkan kita dengan sesuatu perkara, maka hendaklah kita melaksanakannya mengikut kemampuan kita. Kemudian baginda memberi peringatan kepada kita agar tidak menjadi seperti sebahagian umat terdahulu yang terlalu banyak bertanya kepada nabi-nabi mereka serta menentang perintah mereka. Akibatnya, Allah menghukum mereka dengan pelbagai bentuk kebinasaan dan kehancuran. Oleh itu, semestinya kita tidak menjadi seperti mereka supaya kita tidak ditimpa kebinasaan sebagaimana mereka binasa.

Antara faedah daripada hadis ini:

  1. Hadis ini menjadi kaedah dalam menjelaskan kewajipan melaksanakan perkara yang diperintahkan dan menjauhi perkara yang dilarang.
  2. Larangan itu tidak mendapat kelonggaran untuk melakukannya walau sedikit pun daripadanya, manakala perintah diikat dengan kemampuan kerana meninggalkan sesuatu (yang dilarang) adalah dalam kawalan diri kita, sedangkan pelaksanaan perbuatan yang diperintahkan memerlukan kemampuan untuk merealisasikannya.
  3. Larangan daripada banyak bertanya. Para ulama membahagikan bentuk soalan kepada dua jenis: Pertama: Bertanya untuk tujuan pembelajaran berkaitan perkara agama yang diperlukan maka bentuk ini diperintahkan. Contohnya ialah soalan-soalan yang diajukan oleh para sahabat. Kedua: Bertanya secara bersikap keras atau memaksa. Jenis inilah yang dilarang.
  4. Peringatan kepada umat ini agar tidak menentang Nabi mereka seperti yang telah berlaku kepada umat-umat terdahulu.
  5. Perkara yang dilarang merangkumi sedikit atau banyak; kerana larangan itu tidak dapat dipatuhi melainkan dengan meninggalkan yang sedikit mahupun yang banyak. Sebagai contoh: Larangan riba merangkumi sama ada sedikit atau banyak.
  6. Meninggalkan segala sebab yang membawa kepada perkara yang diharamkan kerana hal itu termasuk dalam maksud menjauhi larangan.
  7. Tidak wajar bagi seseorang untuk berkata apabila mendengar perintah Rasulullah صلى الله عليه وسلم: “Adakah ia wajib atau sunat?” Bahkan dia hendaklah segera melaksanakannya; berdasarkan sabda Baginda: “Maka lakukanlah daripadanya sekadar yang kamu mampu.”
  8. Banyak bertanya adalah sebab kepada kebinasaan, terutamanya dalam perkara-perkara yang tidak dapat dicapai oleh akal seperti perkara-perkara ghaib dan keadaan-keadaan pada hari kiamat. Jangan terlalu banyak bertanya mengenainya kerana engkau akan binasa dan tergolong dalam kalangan orang yang melampaui batas serta terlalu mendalami perkara tersebut.

Papar Terjemahan-Terjemahan

57 Bahasa
EN English الإنجليزية
UR اردو الأوردية
ES Español الإسبانية
ID Indonesia الإندونيسية
BN বাংলা البنغالية
FR Français الفرنسية
TR Türkçe التركية
RU Русский الروسية
BS Bosanski البوسنية
SI සිංහල السنهالية
HI हिन्दी الهندية
ZH 中文 الصينية
FA فارسی الفارسية
VI Tiếng Việt الفيتنامية
TL Tagalog تجالوج
KU Kurdî الكردية
HA Hausa الهوسا
PT Português البرتغالية
ML മലയാളം المليالم
TE తెలుగు التلغو
SW Kiswahili السواحيلية
TA தமிழ் التاميلية
TH ไทย التايلندية
DE Deutsch الألمانية
PS پښتو بشتو
AS অসমীয়া الأسامية
SQ Shqip الألبانية
AM አማርኛ الأمهرية
NL Nederlands الهولندية
GU ગુજરાતી الغوجاراتية
KY Кыргызча القيرقيزية
NE नेपाली النيبالية
LT Lietuvių الليتوانية
PRS دری الدرية
SR Српски الصربية
TG тоҷикӣ الطاجيكية
RW Kinyarwanda الكينياروندا
RO Română الرومانية
HU Magyar المجرية
CS Čeština التشيكية
MOS Moore الموري
MG Malagasy المالاجاشية
OM Oromoo الأورومو
KN ಕನ್ನಡ الكانادا
WO Wolof الولوف
AZ Azərbaycan الأذربيجانية
UZ O‘zbek الأوزبكية
UK Українська الأوكرانية
KA ქართული الجورجية
MK Македонски المقدونية
KM ភាសាខ្មែរ الخميرية
BM Bambara البامبارية
PA ਪੰਜਾਬੀ البنجابية
MR मराठी الماراثية
DA Dansk الدنماركية
RN Kirundi الكيروندي
KMR Kurmancî الكرمنجية